Karya SERI










KARYA SERI

DI TEBING KEINSAFAN


Kutitipkan catatan luka ini
Sebuah ceritera duka kehidupan yang alpa
Insaf aku insane kehilangan atma
Kalut jati diri kerana segalanya mahu ku cuba
Rebah remajaku ditiup pawana keseronokan palsu

Mengelus -ngelus hanyir ganja dan morfin
Mengalir ia dalam urat nafsu
Turun naik nafas melayari nafsu kehidupan kelam
Jauh ku tinggalkan warna ketakwaan
Berlariku mengejar mendakap bayang sakaratulMaut
Putih mata ayah bonda menahan gelora luruh jiwa raga
Pucuk rebung remaja
Menguncup hayat sebelum waktunya

Menjelang senja kehidupan ini
Setelah terlalu lama melangkah jauh
Lari dari rahmatmu Tuhan
Terbit fajar keinsafan
Berkat basah bibir ayah  bonda
Yang tak pernah leka dan lelah
Dalam zikir dan doa menembusi tujuh pintu langitmu
Terima kasih Ilahi,YaRabbi
Kau tebarkan jalan kasih-Mu
Untuk kutip satu persatu dosa masa lalu
Lalu menembusnya di laman pengampunanmu

Sahabat,
Berdayungkan ilmu berperahukan iman
Demi kembara hidup yang panjang ini
Tidak kutangisi semalamku yang kelam
Bingkas aku menjerit sekuat suara dapat bertempik
DADAH DURJANA KU BENCI PADAMU!
KU JIJIK DENGANMU, EIKKK JIJIK! JIJIK!
Kerana telah kutemui penawar mujarab
Di hamparan sejadah dudukku dalam doa mengharap
Tuhanku Ya-Rabbi Ya-Rahhim
Telah dapatku lihat cahaya hidayah-Mu
Dalam tulus keinsafanku 
Menebus dosa seorang penagih masa lalu

Sajak nukilan,
HJH ROHAYA HJ ABU
SMK SERI PENGKALAN,ALOR GAJAH,MELAKA



KAWAN

                       Kawan,
                       bermula dengan senyuman,
                       diiringi  pandangan,
                       terbina sebuah persahabatan,
                       berhak dijaga.

                       Kawan,
                       kita mula dengan satu huruf,
                       semeja menimba ilmu,
                       ibarat menyemai di tanah gersang,
                       dibajai pohon merendang.

                       Kawan,
                       semalam hanya kenangan,
                       bagimu disalut madu,
                       bagiku diulit mimpi.

                       Kawan,
                       manisnya persahabatan,
                       mengiringi kehidupan,
                       pabila terlerai juga.

                       Mohd Hanif bin Abu Bakar,
                       4 Ibnu Khaldun
                      
                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Transformasi PSS SMK Seri Pengkalan

Laman Blog PSS SMKSP Slideshow: Perpustakaan SMK Seri Pengkalan’s trip to Melaka was created by TripAdvisor. See another Melaka slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.