Info PSS SERI


Selamat Bercuti Kepada Pelajar-Pelajar Seri

Cuti sekolah datang lagi! Nampaknya semua pelajar SERI akan bercuti selama lebih kurang sebulan lebih..Oleh itu, diharapkan agar semua pelajar dapat memanfaaatkan cuti dengan perkara yang bermanfaat. semoga apabila sekolah dibuka nanti semua pelajar akan tampil dengan semangat baru dan azam baru.
Selamat Bercuti!!

KEPADA PELAJAR SPM
Kami semua warga SERI ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar SERI yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 22 November 2010......Buatlah dengan sedaya upaya kerana SPM ialah Sijil Penentu Masa Depan!

Bilik tayang 2....sebelum khidmat bantu
Inilah antara sikap terpuji WARGA SERI...membantu mengemas bilik yang akan dijadikan bilik tayang 2...








PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS SMKSP
PSS SERI berwajah baru.....
Selama 4 hari (14 - 17 Julai 2009) Guru-guru Perpustakaan dan Media dari sekolah-sekolah sekitar Alor Gajah berkampung di SMKSP. Selama 3 hari, PSS telah dirombak semula dan dikemaskini mengikut standard yang telah ditetapkan oleh BTP. Majlis penutup dirasmikan oleh Y.B.Hj. Abdul Wahab bin Hj. Abdul Latip. Terima kasih kepada Guru-guru Perpustakaan dan Media yang membantu.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PSS
20 Jun (Sabtu) - Seramai 30 pelajar mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Guru Perpustakaan dengan kerjasama PTPTL. Pelajar-pelajar diberi motivasi dan latihan kepimpinan oleh kaunselor PTPTL iaitu Encik Riduan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU
15 Julai - Lawatan ini memberi peluang kepada pengawas Pusat Sumber untuk meninjau ke Pusat Sumber Terengganu. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk menyuntik semangat kepada pengawas pusat sumber untuk terus bertugas dan menimba pengalaman dan meluaskan pengetahuan mereka. Guru pengiring lawatan ialah Puan Rosidah Razali.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 
Para pelajar bergambar bersama sebagai kenangan sebelum meninggalkan bumi Terengganu.










GOTONG ROYONG
Pengawas PSS ringan tulang membantu mengemas, menyusun buku sempena gotong royong di perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Transformasi PSS SMK Seri Pengkalan

Laman Blog PSS SMKSP Slideshow: Perpustakaan SMK Seri Pengkalan’s trip to Melaka was created by TripAdvisor. See another Melaka slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.